Stacy Anam
Stacy Anam

Stacy Anam

Ummu Shaikhah Stacy binti Anam[1] (lahir Stracie Angie Anam; 18 Ogos 1990) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Stacy merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau berasal dari Kampung Tuavon, Penampang di Sabah. Beliau digelarkan sebagai Ratu Tari Malaysia kerana sering memberikan persembahan yang bertenaga serta kebolehannya dalam menjaga kestabilan vokal yang mantap ketika sedang menyanyi dan menari di atas pentas. Sebagai komposer dan penulis lirik, Stacy juga dikenali sebagai Bunga Cantik.

Stacy Anam

Pekerjaan Penyanyi
Ibu bapa
  • Anam Bayar (ayah)
  • Agnes Kaloos (ibu)
Pasangan Akim Ahmad (k. 2016)
Tahun aktif 2008–kini
Nama lain Ummu Shaikhah Stacy binti Anam
Bunga Cantik
Pengkarya berkait Adam AF2,
Adira,
Akim Ahmad
Shila Amzah
Altimet
SonaOne
Faizul Sany,
Audi Mok,
Firman Bansir,
KRU,
Ungu,
SM*SH
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Maestro Records
(2008-2009)
Astro Entertainment/Rocketfuel Entertainment
(2009–2018)
Warner Music Malaysia
(2011-kini)
Nova Music Malaysia
(2018-kini)
Rhythm & Rhyme Entertainment
(2019-kini)
Anak-anak
  • Bella Deluna
  • Eshaal
  • Isa
Kampung asal Penampang, Sabah
Saudara Camellus De'lelli Anam @ ChaQ Mentor (abang)
Kelahiran
Stracie Angie Anam

(1990-08-18) 18 Ogos 1990 (umur 33)
Genre
Pusat pendidikan Limkokwing University Of Creative Technology